Pangkat-pangkat khas dan uniform SS

SS di bezakan daripada cawangan lain tentera Jerman, parti Nasional Sosialis,dan para pegawai kerajaan Jerman oleh struktur pangkat, insignia unit dan uniform mereka. Uniform serba hitam SS telah direka oleh SS-Oberfuhrer Prof. Karl Diebitsch dan pereka grafik SS-Hauptsturmfuhrer Walter Heck. Uniform ini jarang dipakai selepas perang bermula,bagaimanapun, Himmler mengarahkan uniform serba hitam ini digantikan untuk kegunaan yang lain. Mereka telah dihantar ke timur sebagai unit bantuan polis dan ke barat sebagai unit Germanic-SS seperti yang terdapat di Belanda dan Denmark. Bagi menggantikan uniform hitam, askar SS memakai uniform warna kelabu bumi (Erdgrau) atau kelabu padang (kelabu kehijauan) Tentera Darat dengan insignia tersendiri. Uniform-uniform ini telah dibuat oleh beratus kilang pakaian yang di lesenkan bawah RZM (Reichszeugmeisterei - Pejabat Kuatermaster),termasuk Hugo Boss, dengan pekerja terdiri dari tawanan perang dan buruh paksa. Ada yang diperbuat dari kem tahanan. SS juga mencipta uniform perangnya sendiri. Pada mulanya mereka menggunakan kain wool yang sama seperti uniform biasa Wehrmacht tetapi kemudian mereka memakai smock terbalik dan pelindung helmet yang dicetak dengan corak penyamaran dengan sebelah berwarna coklat kehijauan "musim bunga" dan sebelah berwarna coklat keperangan "musim gugur". Pada tahun 1944 Waffen-SS mula menggunakan uniform penyamaran serba guna yang dicadangkan untuk mengganti uniform kain wool.